Friday, May 29, 2009

~~Selamat Bercuti~~

Selamat Bercuti buat semua murid-murid & warga pendididk di Malaysia terutamanya murid-murid & warga pendidik SKL ...
semoga cuti kita dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya....

Kepada mereka yang terlibat dengan kelas tambahan.. selamat belajar & bertugas dengan sebaiknya...


"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

~~Mesyuarat Guru & Ko~~

Mesyuarat Guru
Tarikh : 28 Mei 2009
Hari : Khamis
Masa : 12.45 tghari - 1.30 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat
Yang terlibat : Semua guru terlibat
* Tidak hadir : Ustaz Wan Hanif Wan Embong (PK HEM) - menghadiri Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di Kemaman



MESYUARAT KOKURIKULUM
Tarikh : 28 Mei 2oo9
Hari : Khamis
Masa : 1.30 petang - 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Yang terlibat : Semua JK Kokurikulum

Agenda :
  • Ucapan Pengerusi
  • Pengesahan minit mesyuarat ko yang pertama
  • Perkhemahan Tahunan di Pulau Redang
  • Hal-hal lain



"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

~~Jamuan Perpisahan & Terima Kasih Buat Guru Ganti~~

Tarikh : 28 Mei 2009
Hari : Khamis
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Bilik Guru

Mereka yang diraikan :
  • Puan Laila
  • Puan Sh. Rosmawati
  • Cik Fara Diana
Menu :
MACAM-MACAM ADA !!
Antaranya :
  • Laksa Penang
  • Soto
  • Nasi Himpit
  • Ketupat
  • Rendang
  • Puding
  • Kek
  • Rambutan
  • Laici
  • Epal
  • dan banyak lagi....

Dengan berbesar hati Warga Pendidik SKL telah bersepakat untuk mengadakan sedikit jamuan Perpisahan & Tanda Terima Kasih untuk 3 orang guru ganti yang telah memberi komitmen yang sangat baik sepanjang bertugas di SK Ladang sejak 14 minggu yang lalu...Dengan itu Ketua Kelab Guru telah membahagikan guru2 kepada 3 kumpulan untuk membawa serba sedikit makanan untuk jamuan tersebut.
  • Kumpulan 1 : Makanan Berat
  • Kumpulan 2 : Minuman & Buah-buahan
  • Kumpulan 3 : Kuih-muih
Dengan berkat kerjasama yang telah diberikan & rezeki yang dikurniakan olehNya kami telah berjaya mengadakan jamuan dengan jayanya.. makanan semuanya sangat sedap & enak sekali... Tahniah & terima kasih buat semua yang terlibat....

* Macam2 ada....
Laksa Penang , Soto, Nasi Himpit, Ketupat, Rendang, Puding, Kek, Rambutan, Laici, Epal& banyak lagi..
Memang meriah... macam raya plak..hihi ...:)


* Ermmm... sedap bangatttt....rejeki rejeki!! :)
Alhamdulillah... kenyang perut.. meeting pun tenang..hehe

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

~~Takziah~~

Salam takziah buat 2 orang pelajar SK Ladang iaitu Tengku Mohd Razin (5 Intan) & Tengku Mohd Irfan (2 Intan) yang telah kehilangan ayahanda tersayang.. Ayahanda mereka telah kembali ke rahmatullah pada 26 Mei 2009 kerana mengidap Luekimia. Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah & ditempatkan bersama2 orang yang beriman...

Marilah sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk arwah... Al-Fatihah.....

Untuk makluman....
Derma Kilat telah diadakan pada 27 & 28 Mei 2009 dengan memohon derma dari kelas ke kelas.. Terima kasih atas sumbangan yang telah dihulurkan daripada warga SK Ladang & semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga arwah... JazakallahhukhairanKathira...

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

Thursday, May 28, 2009

~~Perjumpaan Ko Unit Uniform~~

Tarikh : 26 Mei 2009
Hari : Selasa
Masa : 1.30 ptg - 3.30 ptg

PERGERAKAN PUTERI ISLAM

*Belajar Menjahit (Jelujur, Sembat, Lilit Ubi)


PANDU PUTERI TUNAS

*Belajar Memasak (Tomyam Campur)


p/s : Mohon maaf utk unit uniform yang lain... mamarazi tak sempat round untuk amik gambar..lain kali yaaa...hehe

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

Monday, May 25, 2009

~~Pelancaran Ebook Sekolah-sekolah Negeri Terengganu~~

PELANCARAN eBOOK DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI TERENGGANU

Tarikh : 26 Mei 2009
Hari : Selasa
Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Sultan Mizan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Oleh :
Y.A.B Dato' Ahmad Bin Said
Menteri Besar Terengganu

Guru yang terlibat :
  • En. Yusof Embong (GB)
  • En. Zuhaidi Othman (PK 1)
  • En. Wan Hanif Embong (PK HEM)
  • Cikgu Rohaila Abdullah
  • Ustazah Sh. Noorhayati Syed Abdullah
  • 15 orang murid Tahun 5

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

~~Majlis Temumurni .....~~

MAJLIS TEMUMURNI PENGARAH PELAJARAN NEGERI TERENGGANU BERSAMA-SAMA GURU BESAR & EIO SEKOLAH eBOOK NEGERI TERENGGANU

Tarikh : 24 Mei 2009
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

Tuesday, May 19, 2009

~~BitTaufiq WanNajah - Peperiksaan Pertengahan Penggal~~

Peperiksaan Pertengahan Penggal yang akan bermula pada esok hari 20 Mei 2009 sehingga 26 Mei 2009....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"





~~Perjumpaan Ko~~

Salam sejahtera buat semua...

Tarikh : 19 Mei 2009
Hari : Selasa
Masa : 1.30 petang - 3.30 petang

Sepatutnya hari ni perjumpaan Ko untuk permainan tetapi telah digantikan dengan Unit Beruniform . Ini kerana perjumpaan ini memberi peluang kepada pelajar yang akan mengikuti Perkhemahan Tahunan selepas cuti penggal nanti membuat persediaan bagi persembahan yang bertemakan Alam Sekitar...

Alhamdulillah atas kerjasama semua guru2 semuanya berjalan lancar...

Sekian...

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

~~Salam TAKZIAH~~

Salam TAKZIAH buat Ustazah Zaitonai dari kami Warga SK Ladang....

Tadi selepas maghrib penulis menerima panggilan daripada rakan sejawatan di SK Ladang Ustazah Norzaitonai Razali yang mengkhabarkan bahawa Nendanya telah kembali kerahmatullah sebentar tadi...Innalillahiwainnailaihirajiuunnn...sekarang beliau sudah tiba di Besut kampung halamannya ...

Semoga roh nendanya ditempatkan bersama2 orang yang beriman...insyaAllah...
-AL FATIHAH-

~~TAHNIAH ...PTK VI VI~~

Salam penuh kesyukuran atas segala nikmatnya.....

Sekalung TAHNIAH dari kami Warga SK Ladang atas kejayaan yang cemerlang beberapa orang pendidik di sekolah ini dalam PTK yang lalu...

Mereka yang dimaksudkan ialah :
  • Cikgu Zuhaidi Othman (PK 1)
  • Cikgu Haji Nik Mohd Nidzam
  • Ciku Hazlam Hashim
Dan kepada mereka yang kurang berjaya...kita cuba lagi utk PTK yang akan datang... TAHNIAH juga untuk semua yang menduduki PTK... yang belum layak mendudukinya...sabar yeeee...masa anda akan tiba jua...hehe

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"





Sunday, May 17, 2009

~~Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009~~

Tarikh : 17 Mei 2009
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi - 1.15 petang
Tema : "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Tentatif Program :

8.00 pagi : Perhimpunan
- Nyanyian Negaraku, Selamat Sultan & Lagu Sekolah
- Bacaan doa oleh Ustaz Wan Hanif Wan Embong
- Ucapan & perutusan Hari Guru 2009 oleh :
"Ucapan Pengerusi PIBG" - En. Wan Muhamad Wan Muda
"Perutusan Menteri Pelajaran" - En. Yusof Embong (GB)
"Perutusan Ketua Pengarah" - En. Zuhaidi Othman (PK 1)
"Perutusan Pengarah Pelajaran Terengganu" - En. Wan Hanif Wan Embong
- Nyanyian Lagu Guru Malaysia & Lagu Tema Hari Guru 2009

9.30 pagi : Permainan
- Bola Jaring - Guru Perempuan vs Murid Perempuan
- Bola Baling - Guru Lelaki vs Murid Lelaki

10.45 pagi : Rehat

11.10 pagi : Persembahan murid di dewan sekolah & penyampaian hadiah

1.15 petang : Jamuan & bersurai

* Ucapan & perutusan
* Nyanyian Lagu Guru Malaysia & Lagu Tema


* Bola Jaring - Guru P vs Murid P ( 13 - 0 )


* Bola Baling - Guru L vs Murid L ( 6 - 2 )


* Persembahan oleh murid PKBP



*Persembahan oleh Murid Pra Sekolah
-Fashion Show
-


* Sajak khas untuk guru-guru dari murid Pra Sekolah


* Persembahan Pertunjukkan Fesyen oleh murid Tahun 1


* Persembahan nyanyian oleh murid Tahun 2


* Nyanyian oleh murid tahun 4


* Persembahan Boria oleh murid Tahun 5


Terima Kasih & Tahniah buat semua yang terlibat menjayakan Sambutan Hari Guru yang sangat meriah & gemilang... tahniah tahniah tahniah !!!

"selamat hari guru.. selamat hari guru..selamat hari guru..."

p/s : Lagi video persembahan tahun 3 & 6 belum di uploadkan..insyaAllah akan diuploadkan kemudian...hehe..
Selamat menonton!!!!

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

~~SELAMAT HARI GURU~~


Cool Flash Comments

Wednesday, May 13, 2009

~~Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia~~

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!

Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!

Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikan"

~~Ibu bapa perlu sokong ko-kurikulum~~

Ibu bapa perlu sokong ko-kurikulum

KUALA LUMPUR: Ibu bapa diminta memberi kerjasama dan sokongan kepada program kokurikulum sama ada pada peringkat prasekolah atau peringkat rendah dan menengah selagi ia tidak keterlaluan sehingga boleh menjejaskan akademik pelajar.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata usaha Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang memberi penekanan kepada aktiviti kokurikulum seharusnya dipuji kerana ia memainkan peranan penting bagi pembangunan kanak-kanak secara holistik.

"Kita akui penekanan terhadap akademik adalah penting, namun jika ia tidak diseimbangkan dengan aktiviti kokurikulum dikhuatiri kanak-kanak berkenaan tidak akan mengecapi erti kehidupan sepenuhnya apabila dewasa kelak," katanya pada majlis penutup Program Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Wilayah Persekutuan 2009 di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek.

Rosmah berkata, selain ibu bapa, guru turut memainkan peranan penting bagi menggalakkan kanak-kanak mengembangkan minat serta bakat mereka melalui aktiviti kokurikulum yang dianjurkan.

Beliau berkata, penganjuran Hari Potensi dengan mengadakan pelbagai aktiviti sukan seperti bola jaring, futsal, gerak rama dan silat mampu menanam semangat bersaing di jiwa setiap kanak-kanak.

"Dengan adanya semangat persaingan ia akan mendorong kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. Mereka akan berusaha dan mencari pendekatan terbaik memperbaiki pencapaian diri," katanya.

"Pembangunan modal insan bermula daripada kanak-kanak dan seharusnya ditumpukan pada segenap lapisan tanpa mengira agama, keturunan atau kaum. Proses memajukan negara dan rakyat hendaklah bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak," katanya.
sumber : Berita Harian

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"





~~Salam Takziah~~

Salam Takziah kami warga SK Ladang ucapkan kepada Guru Besar atas pemergian sepupu beliau pada 13 Mei 2009, Hari Rabu & Cikgu Wan Zainulddin atas pemergian ayahandanya menyahut panggilan Ilahi pada hari yang sama...

Semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi & ditempatkan bersama2 para syuhada & solihin... amin...

Bersabarlah atas ujian ini.. kerana di sebalik apa yang berlaku sudah terselit 1001 hikmah di sana..

Hayati lah lirik ini :

"Ujian adalah tarbiah dari Allah,
adakah kita kan sabar ataupun sebaliknya,
kesenangan yang datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Allah..."

"Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
biasanya kabus tak berpanjangan,
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali"

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"





Tuesday, May 12, 2009

~~Majlis Kesyukuran Naik Rumah~~

Salam penuh takzim buat semu pengunjung...

Bersempena dengan pindahnya Cikgu Nik Nidzam sekeluarga ke umah barunya di Tok Jembal.. maka dengan penuh rasa syukurnya beliau telah mengadakan Majlis Kesyukuran & Doa Selamat pada 02 Mei 2009 yang lalu...
Kami warga SK Ladang mengucapkan berbanyak terima kasih atas jemputan untuk memeriahkan majlis kesyukuran tersebut.. dengan itu kami mendoakan supaya kalian semua selamat semuanya di teratak baru yang sangat indah...

Haaa.... "mamarazi" sempat snap beberapa keping gambar pada majlis tersebut... tengok..jangan tak tengok...hehe

* Suasana sekitar majlis


* Kemeriahan suasana terataknya...


"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

Sunday, May 10, 2009

~~Mesyuarat-mesyuarat minggu lepas 03.05.09-07.05.09~~

Salam sejahtera buat semua....

Minggu lepas di SKL boleh dikatakan setiap hari dipenuhi dengan mesyuarat-mesyuarat..Antara mesyuarat2 tersebut ialah :

MESYUARAT SBT
Tarikh : 03 Mei 2009
Hari : Ahad
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
* AJK SBT


MESYUARAT AJK PERAYAAN
Tarikh : 03 Mei 2009
Hari : Ahad
Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
* AJK Perayaan


MESYUARAT JK UPSR
Tarikh : 04 Mei 2009
Hari : Isnin
Masa : 12.45 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat
* AJK JK UPSR


MESYUARAT JK SEKOLAH
Tarikh : 06 Mei 2009
Hari : Rabu
Masa : 12.45 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat
* AJK JK Sekolah


TAKLIMAT RINGKAS
Tarikh : 07 Mei 2009
Hari : Khamis
Masa : 12.45 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat
*Semua Guru


"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"





Wednesday, May 6, 2009

~~Selamat Datang Guru-guru ROS dari USM~~

Salam sejahtera untuk semua.... moga hidup kita diberkatiNya....

Selamat Datang warga SK Ladang ucapkan kepada 2 orang guru Rancangan Orientasi Sekolah ( ROS ) iaitu :
  • Cikgu Zawiah binti Halias, berasal dari Setiu Terengganu
  • Cikgu Masliani bt Mulawarman, berasal dari Sabah


Tarikh melapor diri : 4 Mei 2009
Tarikh akhir : 4 Jun 2009

Masing2 sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Selamat manjalani minggu ROS di SK Ladang... semoga kalian berjaya dengan cemerlang..insyaAllah...


"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"





~~Kelas Terbersih Bulan April~~

Salam semua.... moga sihat hendaknya...

Ahad ( 3 Mei 09 ), Pengerusi JK Kebajikan & Kesihatan Pn Irmawati Jaafar telah mengumumkan Pertandingan Kelas Terbersih & Tercorot untuk bulan April... semua kelas telah dinilai oleh JK Kebajikan & Kesihatan mengikut beberapa aspek yang telah dipersetujui... antaranya : susunan meja, tingkap, lantai, keceriaan & papan kenyataan.

Kelas Terbersih pada Bulan April dijuarai oleh 4 Berlian!!!




Tahniah warga SK Ladang ucapkan... teruskan usaha anda untuk terus kekal sebagai juara....

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"


Sunday, May 3, 2009

~~Hujan yang lebat.. angin yang kuat....~~

Salam buat semua pengunjung...

Cuti hujung minggu yang lalu Kuala Terengganu telah mengalami hujan yang lebat, guruh yang kuat, kilat yang sabung-menyabung dan telah menyebabkan beberapa kawasan SK Ladang telah mengalami kerosakkan...

Beberapa keadaan kelas menjadi basah & lembab disebabkan percikan air hujan dan yang paling kritikal adalah kantin sekolah iaitu bilik makan guru.... habis basah & dipenuhi dengan air... ini disebabkan kerosakkan atap yang habis melayang diterbangkan oleh angin yang kuat...

So hari ni, guru menjamu selera di luar kantin bahagian murid...dan pihak berwajib telah datang memantau & memperbaikinya...

jom layan picture kat bawah ni...

*inilah gambaran atap yang telah mengalami kerosakkan


* Keadaan kantin yang basah kuyup...


*Guru2 menjamu selera di meja murid...
* JPN datang memantau kerosakkan...


Semoga segala kesulitan ini dapat diatasi secepat mungkin...

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"